Tuesday 28 May 2013

~Tahukah anda kebaikan mandi sebelum subuh?~

Assalamualaikum..
salam hari rabu kepada semua pembaca yg awesome-awesome,yg cntik-cntik,yang handsome-handsome.. =)

Tau x kebaikan mandi sebelum subuh?
Ramai di kalangan kita yang susah  untuk bangun awal pagi dan mendirikan solat Subuh di awal waktu.

Masalah ini terjadi kerana beberapa sebab, antaranya tabiat tidur lewat dan perasaan malas untuk bangun waktu subuh.

Saya harap selepas u olls baca entri ini u olls akan bangun awal untuk mandi sebelum subuh dan jangan lupa untuk solat subuh sekali ea.. ^^
Mandi awal pagi bukan sahaja membersihkan diri malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan. Malah mandi awal pagi iaitu sebelum solat Subuh merupakan antara amalan Rasulullah s.a.w. Antara manfaat mandi awal pagi ialah:
       1)  Melancarkan peredaran darah 
Jika peredaran darah lancar maka tubuh akan menjadi lebih sihat dan bertenaga.

       2) Kulit lebih lembut dan halus 
Mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan lingkaran gelap bawah mata. Kuku juga akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit akan menjadi lebih lembut dan halus.

Tubuh badan kita  akan mendapat reaksi yang positif apabila mandi pada waktu pagi. Justeru, dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.


InsyaaAllah jika diamalkan selalu, risiko untuk mendapat penyakit akan berkurangan. Jangan lupa diiringi dengan doa juga tau. Mandi dengan air sejuk juga akan meningkatkan sel darah putih. Apabila sel darah putih banyak maka daya tahan tubuh terhadap penyakit pun akan meningkat.



   3)Meningkatkan kesuburan

   4) Mengurangkan risiko darah tinggi

   5)Mengurangkan tekanan serta tenang 
  Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk menghilangkannya.
      
  6)Meningkatkan sel darah putih 

p/s: Jom sama-sama kita try mandi sebelum subuh nak? alang-alang boleh terus solat subuh dalam keadaan bersih dan segar selari mengikut sunnah… Insha ALLAH.

tQ sudi bace ^^


No comments:

Post a Comment