Wednesday 10 July 2013

1 Ramadhan 1434h


~Assalamualaikum~

Salam 1Ramadhan 1434h..


Alhamdulillah diberi keizinan ALLAH s.w.t utk merasai nikmat berada di dalam bulan Ramadhan yg penuh barakah ini..

actually sy nk share sket info kpd muslimah2 yg mamnu' di luar sane a.k.a (period)

walaupun kite x blh berpuasa,menunaikan solat wajib n solat sunat terawih,tilawah Al Quran dan menyentuhnya,iktikaf, bersetubuh bg yg dah berkahwin selain dari itu x dilarang sama sekali.


Jadi dari segi ibadah khusus mereka boleh berzikir, beristighfar, berselawat dan seumpamanya. Selain itu terdapat banyak ruang-ruang kebajikan yang boleh dilakukan seperti bersedekah, ziarah orang sakit, berdakwah, hubung silatul rahim, tolong orang susah dan lain-lain.

Paling baik sekali ialah sediakan makanan untuk orang berbuka puasa, pahalanya adalah sama dengan orang berpuasa. Bayangkan period 7 hari, setiap hari sediakan untuk 3 org berbuka, maka anda dapat pahala puasa 21 hari. Untung tak? Perlu diingat, makanan yg disediakan adalah sekurang2nya sebiji kurma dan sekelas airpun sudah memadai.

so marilah kite same2 meningkatkan amalan kite di bulan yg mulia ini ea..

Hari ni jgk 1st day sy nk ajar mengaji 4 beradik..harap2 ALLAH permudahkan segalanya ameen ya rabb.. =)


Tuesday 28 May 2013

~Tahukah anda kebaikan mandi sebelum subuh?~

Assalamualaikum..
salam hari rabu kepada semua pembaca yg awesome-awesome,yg cntik-cntik,yang handsome-handsome.. =)

Tau x kebaikan mandi sebelum subuh?
Ramai di kalangan kita yang susah  untuk bangun awal pagi dan mendirikan solat Subuh di awal waktu.

Masalah ini terjadi kerana beberapa sebab, antaranya tabiat tidur lewat dan perasaan malas untuk bangun waktu subuh.

Saya harap selepas u olls baca entri ini u olls akan bangun awal untuk mandi sebelum subuh dan jangan lupa untuk solat subuh sekali ea.. ^^
Mandi awal pagi bukan sahaja membersihkan diri malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan. Malah mandi awal pagi iaitu sebelum solat Subuh merupakan antara amalan Rasulullah s.a.w. Antara manfaat mandi awal pagi ialah:
       1)  Melancarkan peredaran darah 
Jika peredaran darah lancar maka tubuh akan menjadi lebih sihat dan bertenaga.

       2) Kulit lebih lembut dan halus 
Mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan lingkaran gelap bawah mata. Kuku juga akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit akan menjadi lebih lembut dan halus.

Tubuh badan kita  akan mendapat reaksi yang positif apabila mandi pada waktu pagi. Justeru, dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.


InsyaaAllah jika diamalkan selalu, risiko untuk mendapat penyakit akan berkurangan. Jangan lupa diiringi dengan doa juga tau. Mandi dengan air sejuk juga akan meningkatkan sel darah putih. Apabila sel darah putih banyak maka daya tahan tubuh terhadap penyakit pun akan meningkat.



   3)Meningkatkan kesuburan

   4) Mengurangkan risiko darah tinggi

   5)Mengurangkan tekanan serta tenang 
  Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk menghilangkannya.
      
  6)Meningkatkan sel darah putih 

p/s: Jom sama-sama kita try mandi sebelum subuh nak? alang-alang boleh terus solat subuh dalam keadaan bersih dan segar selari mengikut sunnah… Insha ALLAH.

tQ sudi bace ^^


Tuesday 23 April 2013

~Tahukah anda surah amalan sebelum tidur?~

Assalamualaikum..

guys tengah buat ape tu?

now jam menunjukkan pukul 12.45 pg..
mata saya  ni pon da merah+kuyu @@
sebelum saya tidur...
sy nk share sket bacaan surah sebelum tidur..
Nk tau tak tentang  kelebihan surah ini?
 jom kite kongsi ...

1st sekali kwn2 jangan lupa baca surah al mulk dan surah sajadah ye  sebelum tido..

Sebuah lagi surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadhilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. 
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..

Surah As-Sajadah tidak pula dinyatakn apa ganjarannya tetapi ia merupakan sunnah Nabi yg dilakukan baginda sebelum tidur..


ok la kwn-kwn.. sy pon nk tido da ni..

Selamat Malam.. Assalamualaikum..

tQ sudi bace ^^

Saturday 20 April 2013

~Tahukah anda jalan ke Library UIA? (Gigih Mencari Bahan)~

Assalamualaikum..
Selamat berhujung minggu semua =)
Da lame tgn ni x menaip..
byk esaimen la katekan smpai xde mase nk update blog
semalam adlh hari sy n kwn2 pergi UIA

1st tyme nk gi ni..gigih mencari bahan utk siapkan esaimen
mula2 plan nk g library ukm..tp tutup ats dasar penyelenggaraan if x silapla
so sy n kwn2 pon decide pergi ke UIA

even jauh nk ke Gombak tp alhamdulilah berbaloi kami rase coz byk bhn yg kami dpt kt sane..
pnduan utk 1st timer yg nk gi UIA..dr Nilai..
Ktm Nilai---> Kl sentral--->naik putra ke Gombak
smlm kami semua tersilap.. =(
jauh sket pjlnn smlm..terpaksa tukar tren kt Bndr tasik selatan n then naik LRT ke Msjd jamek dan naik putra ke Gombak.

Harap lepas ni sy n kwn2 x buat silap da..
Sebelum terlupa nk wish TQ byk2 pd Liyana n Saleha a.k.a kwn Ezzatul coz sudi guide kami dr kami smpai sehingga kami  balik. tak lupa juge pd kak Fathiyatul Husna a.k.a kakak Ezzatul jugak coz sudi blnje kami mkn (KFC).

Selesai suda misi kami utk mencri bahan esaimen..
Semoga usaha kite semua diberkati oleh Nya..ameenn..
Setakat ini dulu entri sy..
Lain kali kite jumpa lagi..
daaaa ^^
Sempat berposing ^^




Kami di library UIA

tQ sudi bace ^^


                       

Friday 12 April 2013

~Tahukah anda fadhilat hari Jumaat?~


Assalamualaikum..
segala puji bagi ALLAH Tuhan semesta alam
selawat dan salam ats junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

Salam hari Jumaat semua!!

saya hrp u all semua sihat n ceria selalu.
minggu ni adalah minggu terakhir sy cuti mid sem
Ahad ni dah nak pulang ke Nilai...berjuang menuntut ilmu bg meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar Usim, ceeewahh
Usim tetap dihatiku..hehehe
byk plak berceloteh.
haaaa!!!

Hari ini hari Jumaat kan? hari umat Islam kan?
memandangkan hari ini hari raya umat Islam,
kita digalakkan berbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
banyak keistimewaan hari Jumaat ni tau..
ia juga merupakan penghulu bg segala hari
Jom kita kupas apa lagi specialnya hari Jumaat ni..
layaaaannn.

Hari Jumaat ini merupakan hari mustajab kita berdoa. So byk2 kanlah berdoa ea kwn2..
Pada subuh hari Jumaat, setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur misai, memotong kuku dan menggosok gigi.
Sesudah itu bersegeralah ke masjid. Sabda Rasulullah s.a.w.: ” Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telur. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah.”

Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang. Hari Jumaat ini juga merupakan hari Nabi Adam a.s diciptakan, juga pd hr Jumaat Nabi Adam a.s dimasukkan ke syurga. 


Abu Hurairah Radhiyalahu ‘anhu meriwayatkan, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda;

خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ، وَفِيْهِ أُخْرِجَ مِنْهَا، وَلاَ تَقَوْمُ السَّاعَةُ إِلاَّ فِي يَوْمِ الْجُمُعَة


“Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jumaat; pada hari inilah Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini (Adam Alaihissalam) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari inilah juga Baginda dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini.” (HR Muslim r.a.).

Sedikit perkongsian @ info dr sy mengenai keistimewaan hari Jumaat.Dalam blog sy ni, sy lbh suka share dgn pembaca tentang  info2 yg bermanfaat juga sy selitkan serba sedikit kisah hidup sy utk di abadikan dlm blog ini.

tQ sudi bace ^^

Saturday 6 April 2013

~Tahukah anda tentang kecantikan I-city?~

Assalamualaikum..
kaifa halukum?
alhamdulillah?? syukur..
 now student Usim da start cuti mid sem ^^yeaahhh yahooo!!...smlm kan 1st tyme sy  gi I-city Shah Alam..awesome!!

actually mlm td g tido umah kakak dkt Klang, mlm tu kitorang (kami adik beradik) plan nk gi jln2 kt I-city. Teruja gk mula2 sampai, nmpk lampu2 warna-warni.kawan-kawan yg bace entri ni msti dah pernah g I-city kan?
nk tau sal i-city x? nk share sket info wif uolls..

Dikatakan cahaya2 lampu yg ade kt I-city ni diperbuat drpd LED yg mana kurang menggunakan tenaga elektrik, maknanya jimat la kan.Tujuan org yg datang kt sini pon utk bergambar kenangan..mcm sy jugak hehehe yg best kalau ade "dslr" la kan.Tapi tak kesahla handset pon blh..yg penting ada.

 Semalam sy gi I-city dgn kakak dan adik..da lama kitaorang  tak outing together.Kat I-city ni ada jugak snow world tau tp sy tak masuk pon..just jalan2 je menikmati keindahan bumi Tuhan. 
Ni nak pesan  pade sape2 yg nk dtg I-city ni kene byr parking RM 10.So, sape2 yg ade plan nk jalan2 kt sini prepairla wang yg secukupnya tau ^^

Kesimpulannya, tempat ni (I-city) memang cantik dan luas, mase pergi ni pon da banyak kemajuan mcm ade (I-Gallery) tmpat ala2 mcm waterworld gitu.Kemungkinan pd masa akan dtg akn brtmbh lg kemajuannya selari dgn arus kemodenan negara.

 Last but not least, keindahan, kecantikan, kemodenan ciptaan manusia ini hanyalah sementara sahaja, dan kita kena akui bahawasanya yg kekal hanyalah ciptaan Tuhan.. pemilik muka bumi ini. Sekian dari saya..tapi sebelum tu saya ade masuk sket gambar dan video kenangan kt I-city buat tontonan semua ^^


Wow!!
  
semangat bergambar dengan burung merak


Kami  3 beradik =)




I-city kami datang!!


tQ sudi bace ^^

Friday 29 March 2013

~Tahukah anda air apakah yang terbaik di dunia ini?~

Assalamualaikum..
wat ape tu?
selamt berhujung minggu ea


da lame saya x update blog..
semalam mase claz En Zainol ade bincang2 pasal blog..
so.....
saya x blh tangguh2 kerja..nanti last minit mula gelabah..
x gitu??
hehehe ^^

 kat sini saya nk share ngn korang sume tentang air apekah yang terbaik dalam dunia ni..
haaaa!! cube korang teka air apekah??
air kelapa?fresh orange?air milo?

salah...salah.. memang antara air di atas ade khasiatnya tetapi air zam-zamlah jawapan sebenar yang menunjukkan khasiat paling tinggi untuk tubuh badan kita. Pengalaman yg paling best minum air zam2 mase pergi umrah dulu..memang bnyk sgt air zam2 kt sane..suke hati koranglah nk minum bnyk mane pon..ade air zam-zam sejuk dan ade yg biase.. Tidak kiralah sehaus mana pun kita, sekiranya dapat secawan air zamzam, pasti dapat menghilangkan dahaga dan memberi tenaga.

Setelah melakukan banyak kajian mengenai sifat kimia dan fizikal dalam air zamzam, Dr Hamdi Saif dari Universiti Iskandariah membuat kesimpulan, air zamzam adalah air yang terbaik di dunia.

Dia menemui yang air itu mempunyai keseimbangan sempurna dalam elektrolit dan mineral surih yang penting untuk kesihatan tubuh badan.
Di samping itu, air itu adalah semula jadi, bersih dan tulen, dan bebas daripada semua mikroorganisme patogenik.

Kata Dr Hamdi, “Air zamzam sangat bagus digunakan untuk membantu mengubat penyakit buah pinggang, jantung dan pelbagai penyakit kronik yang lain.”
Air zamzam telah dianalisis di makmal di dunia Arab dan Eropah dan dibandingkan dengan air botol biasa daripada negara lain.

Mendedahkan hasil analisis itu, Dr Hamdi berkata, “Tidak seperti air lain, air zamzam mengandungi jumlah kalsium, magnesium dan florida yang cukup. Ia adalah sifat unik yang dapat menyegarkan jemaah yang kepenatan.”

“Kami dapati air zamzam selamat diminum dan tiada tarikh luput. Air ini 100 peratus tulen, tidak mengandungi klorin atau bahan kimia lain,” katanya.
Air zam-zam kt Masjid Nabawi..
sumber dari Mr Google
tQ sudi bace ^^

Sunday 24 March 2013

~Tahukah anda apakah yang perlu kita buat ketika ditimpa kesedihan?~

Assalamualaikum,
Ni hao ma? hao ^^
tibe-tibe intro mandarin plak.hehe
harap sahabat2 sihat dibawah lindunganNya..

actually sy baru sampai dari kampung halaman di Bentong Pahang, ni baru lepas makan nasi minyak jiran belakang rumah sy kawen .Kawan sekolah rendah sy rupanya..hehe..

Congratz u olls!! Fahmi& Faiz dua beradik kawen serentak gitu.jimat kos..da sampai jodoh korang kan..sy bile?? hehe.tunggu abes stdy dulu naaa.^^

Kat sini nak cerita sket..sy balik kg baru ni ...sebab paling kuat ialah msj dr mama..'angah (panggilan nama sy) ade claz k?doakan ma abah sihat jauhi musibah.abah makin x sihat,nampak bengkak kakinya..solat hajat ea ajak adik sekali..sy pon da rase lain ngn msj mama...so sy decide nk blik kg..

 Hati sy ni risau dengan kesihatan abah.Doktor ckp abah makin lemah..tapi sy yakin abah kuat..kene kuatkan hati, kami semua sayang abah..abah kena buat dialisis 3x seminggu

Ujian dr Allah buat abah..
Ajal maut kita semua di tangan Allah.
Ikutkan hati banyak program 23-24hb/3..tapi..
mana satu lagi penting?family@ other program?
 Family adalah keutamaan sy..sy pon pakat balik dengan adik.viva ccl 4999 membawa kami pulang.. 

Sesudah tiba dirumah...Ada..ujian dr Nya..tentang penyakit abah..Allahuakbar!!!
sistem imunisasi makin lemah..Be strong abah!!
Ujian adalah tanda Allah sayang pada kita..
Dekatkan diri dan banyakkan  bermohon padaNya..
Insha Allah doa kita dimakbulkan..Allahumma amin
Semoga ayahandaku sihat2 selalu hendaknya..aminn
Mohon doa dari sahabat2 sekali ea..syukran.

p/s: banyak2 dekatkan diri pada Allah..sabar dia atas sesuatu ujian, anggaplah ianya satu peringatan buat diri ini yang selalu lupa.

tQ sudi bace ^^

Friday 22 March 2013

~Tahukah anda hukum pengambilan vaksin HPV?~

 Segala puji bg Allah Tuhan semesta alam..
Kawan-kawan pernah dengar x pasal kanser serviks?
Mai nk cerita sket ape itu kanser serviks..

Saya ade terbaca tentang hukum pengambilan vaksin Human Papilloma Virus (HPV). Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah membincangkan hukum mengenai pengambilan vaksin ini.Keputusan seperti berikut:

Muzakarah berpandangan bahawa Islam menggesa umatnya supaya menjaga kshtn krn penjagaan kshtn seseorg individu itu akn menentukan tahap dan mutu kesihatan masyarakat scra umumnya. Pengambilan vaksin ini juga merupakan jalan pencegahan awal yg diambil oleh pihak kerajaan dlm usaha mengelakkan penyebaran virus di kalangan wanita.


 Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pengambilan Vaksin Human Papilloma Virus (HPV) yg telah dipastikan tiada unsur meragukan dlm kandungn dan tidak mendtgkn kemudharatan adalh diharuskan bg mencegah penyakit kanser pangkal rahim (servik) di kalangan wanita. Muzakarah juga memutuskan bahawa pemvaksinan ini tidaklah mengandungi unsur-unsur eksploitasi terhadap pengguna. 

Hujah juga ade mengatakan bahawa vaksin HPV ini merupakan kaedah pencegahan yg berkesan di Amerika Syarikat dan diberikan kpd kanak-kanak seawal usia 11 tahun.Vaksin ini akn memberi kesan setelah hampir 20 tahun utk brtindak. Ia merupakan lngkah pencegahan awl utk mengelakkan seseorg perempuan drpd terkena penyakit kanser pangkal rahim yg mampu meragut nyawa. Negara kita merupakan slh sebuah negara di Asia yg mempunyai bilangan kes kanser servik tertinggi slps kes kanser payudara. 

Malah,mengikut nisbah kematian kepada minit, direkodkan sbnyk 1 kematian di kalangan wanita akibat penyakit ini dikenal pasti bg setiap 1 minit di dunia. Di Asia pula, 1 kematian direkodkan bg setiap 4 minit. Virus ini boleh berjangkit melalui aktiviti seperti hubungan kelamin, seks oral, sentuhan kulit kelamin, berkongsi pakaian dalam, berkongsi alat perubatan yang telah tercemar dengan virus ini dan pemindahan virus daripada seorang ibu kepada anak. 

Kanser ini juga berpunca daripada hubungan seks secara aktif pada usia muda, mengadakan hubungan seks dengan pasangan yang ramai atau mengadakan hubungan seks dengan lelaki yang mempunyai ramai pasangan. Bahaya kanser serviks terhadap kaum wanita ni

So sy nasihatkan pade sume golongan kaum hawa cepat2 lah ambik suntikan vaksin HPV bak kata pepatah "Prevention is better than cure".Alhamdulillah mama sy pon ade suruh sy ambil vaksin ni n then sy pon da slmt disuntik.3 kali tau..ouchhh ^^

Sakit mcm kene gigit semut je..hehehe. Jgn takot tau!. Buat pengetahuan korang slh seorg shbt sy pon telah slmt kembali kerahmatullah disebabkn virus ni..

Sy mohon sedekahkan al fatihah buat sahabat Siti Farhana Abdul Razak.Semoga dikau ditempatkan dikalangn org-org yg beriman aminn..

 Kalau korang nak tau lebih details tentang virus ni korang boleh refer kt link ni...>.http://myservik.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=46&Itemid=54



tQ sudi bace ^^

Sunday 17 March 2013

~Tahukah anda bila tarikh kita menjadi tetamuNya ^^?~

 "Laibakallahummalabbaik..labbaikalaasyarikalakalabaik..innalhamda wanni'mata lakawalmulk laaasyarikalak"


R.I.N.D.U.........

Just nak ungkap perasaan pada tarikh  31.1.2013- 10.02.2013 yang menjadi  kenangan terindah dalam hidupku..bersama mama,abah,adik dan jemaah umrah yang lain..bersyukur kepada Allah kerana memberi diri ini peluang menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah.

Perkara yang paling x boleh lupa dalam hidup ni bila 1st time dapat tengok kaabah depan mata..serious..terus menangis..sob..sob..sob..kalau korang yang 1st time pergi mesti dapat rasa perasaan macam yang sy rasa..gembira + sedih.

Bukan nangis sebab apa, sy rasa happy sangat sebab Allah sudi terima diri ni  utk mnjadi tetamuNYA. saya juga bersyukur hajat mama nak bawa abah ke tanah suci termakbul.Syukran Ya Alllah ^^..

 Even abah dalam keadaan uzur pon Allah bagi kemudahan pada abah.kesian kat abah terpaksa dialisis(cuci buah pinggang), angah tahu abah kuat!!Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan selamat.Kepada u olls yang nak pergi menunaikan umrah @ haji jangan rasa takut,betulkan niat kita terlebih dahulu..Allah s.w.t  Maha Mengetahui..Kat sini sy nak share sikit antara tempat yang sempat kami ziarah and snap kat sane..Zassss....



 Cantik.....Masjidil Haram diwaktu malam


Hotel kami di Madinah "Rumah Makan Indonesia "
 Ketika subuh di Masjid Nabawi


Alhamdulillah selesai umrah pertama kami : )



okla setakat ni dulu sy pon ada class jap lagi , kalau nak upload  sampai esok pon tak habis hehe..nanti  sy sambung  entry lain pulak ea. Daaaa  Selamat membaca  ^^








Kat sini sy ade masukkan video suasana kt Masjid Nabawi dan Raudhah (salah satu dari taman-taman Syurga) di dalamnya.hayatilah..

tQ sudi bace ^^

~Tahukan anda tips untuk menjaga kesihatan?~

Assalamualaikum....
hye guys ^^

Apa khabar semua?diharap  korang sihat-sihat selalu..kat sini saya nk share something..
nak tau x?mesti nak tau kan...:) 

Jom berkongsi tips menjaga kesihatan bersama sy selaku deeya anda pada pagi ini. berangan la konon-kononya nak jd deejay..hehehe (",)

First of all kita mesti bersyukur atas segala nikmat yang ALLAH berikan.."Alhamdulillah"
Bukan just bersyukur je tau, kita mestilah menjaga amanah yang telah ALLAH bagi ni..
Seseorang itu akan tetap sihat dan tenang bila dia dapat mengatur dan melaksanakan beberapa petua kesihatan dan ketenangan. Lebih-lebih lagi kepada sesiapa yang bergelar student.

Seseorang pelajar itu perlulah menyedari bahawa untuk menjadi seorang yang tidak terlupa/ pelupa hendaklah badan dan jiwanya sihat dan tenang. Antaranya adalah seperti berikut...

 1) Cara makan dan jadual makan yang tetap waktunya. Jenis makanan (panas dan sejuknya) hendaklah dalam percampuran pertengahan.

2) Masa pembuangan najis dan keselesaanya.

3) Cara tidur: Cara, jadual dan tempoh tidur yang cukup.Tidur bagi orang muda ialah antara 8-10 jam, manakalabagi orang tua ialah 7-8 jam dalam sehari semalam.

4) Tugas : Dijalankan berwaktu dan tidak melampaui dalam menggunakan tenaga, baik tenaga jasmani mahupun rohani (akal).

5) Jiwa (hati) :Tiada gangguan, malah selalu tenang oleh keteguhan kepercayaan kepada Yang Maha Esa, selalu mengingatiNya dan sentiasa mengharapkan rahmat daripadaNya.

6) Kepala: kepala kita perlu dijaga hawanya supaya selalu sederhana. Kepala yang sederhana dan tidak panas adalah memelihara peringatan atau hafalan. Fikiran dan hafalan tidak terganggu bila kepala dibasah atau didinginkan sedikit.

7) Pemeliharaan urat saraf adalah perlu untuk kepentingan akal iaitu dengan menjaga hal makan, tidur dan tidak menjalankan sesuatu pekerjaan secara melampau.

Marilah kita sama-sama mengikut nasihat yang berguna ini..

Sekian,
tQ sudi bace ^^