Friday 29 March 2013

~Tahukah anda air apakah yang terbaik di dunia ini?~

Assalamualaikum..
wat ape tu?
selamt berhujung minggu ea


da lame saya x update blog..
semalam mase claz En Zainol ade bincang2 pasal blog..
so.....
saya x blh tangguh2 kerja..nanti last minit mula gelabah..
x gitu??
hehehe ^^

 kat sini saya nk share ngn korang sume tentang air apekah yang terbaik dalam dunia ni..
haaaa!! cube korang teka air apekah??
air kelapa?fresh orange?air milo?

salah...salah.. memang antara air di atas ade khasiatnya tetapi air zam-zamlah jawapan sebenar yang menunjukkan khasiat paling tinggi untuk tubuh badan kita. Pengalaman yg paling best minum air zam2 mase pergi umrah dulu..memang bnyk sgt air zam2 kt sane..suke hati koranglah nk minum bnyk mane pon..ade air zam-zam sejuk dan ade yg biase.. Tidak kiralah sehaus mana pun kita, sekiranya dapat secawan air zamzam, pasti dapat menghilangkan dahaga dan memberi tenaga.

Setelah melakukan banyak kajian mengenai sifat kimia dan fizikal dalam air zamzam, Dr Hamdi Saif dari Universiti Iskandariah membuat kesimpulan, air zamzam adalah air yang terbaik di dunia.

Dia menemui yang air itu mempunyai keseimbangan sempurna dalam elektrolit dan mineral surih yang penting untuk kesihatan tubuh badan.
Di samping itu, air itu adalah semula jadi, bersih dan tulen, dan bebas daripada semua mikroorganisme patogenik.

Kata Dr Hamdi, “Air zamzam sangat bagus digunakan untuk membantu mengubat penyakit buah pinggang, jantung dan pelbagai penyakit kronik yang lain.”
Air zamzam telah dianalisis di makmal di dunia Arab dan Eropah dan dibandingkan dengan air botol biasa daripada negara lain.

Mendedahkan hasil analisis itu, Dr Hamdi berkata, “Tidak seperti air lain, air zamzam mengandungi jumlah kalsium, magnesium dan florida yang cukup. Ia adalah sifat unik yang dapat menyegarkan jemaah yang kepenatan.”

“Kami dapati air zamzam selamat diminum dan tiada tarikh luput. Air ini 100 peratus tulen, tidak mengandungi klorin atau bahan kimia lain,” katanya.
Air zam-zam kt Masjid Nabawi..
sumber dari Mr Google
tQ sudi bace ^^

No comments:

Post a Comment