Friday 29 March 2013

~Tahukah anda air apakah yang terbaik di dunia ini?~

Assalamualaikum..
wat ape tu?
selamt berhujung minggu ea


da lame saya x update blog..
semalam mase claz En Zainol ade bincang2 pasal blog..
so.....
saya x blh tangguh2 kerja..nanti last minit mula gelabah..
x gitu??
hehehe ^^

 kat sini saya nk share ngn korang sume tentang air apekah yang terbaik dalam dunia ni..
haaaa!! cube korang teka air apekah??
air kelapa?fresh orange?air milo?

salah...salah.. memang antara air di atas ade khasiatnya tetapi air zam-zamlah jawapan sebenar yang menunjukkan khasiat paling tinggi untuk tubuh badan kita. Pengalaman yg paling best minum air zam2 mase pergi umrah dulu..memang bnyk sgt air zam2 kt sane..suke hati koranglah nk minum bnyk mane pon..ade air zam-zam sejuk dan ade yg biase.. Tidak kiralah sehaus mana pun kita, sekiranya dapat secawan air zamzam, pasti dapat menghilangkan dahaga dan memberi tenaga.

Setelah melakukan banyak kajian mengenai sifat kimia dan fizikal dalam air zamzam, Dr Hamdi Saif dari Universiti Iskandariah membuat kesimpulan, air zamzam adalah air yang terbaik di dunia.

Dia menemui yang air itu mempunyai keseimbangan sempurna dalam elektrolit dan mineral surih yang penting untuk kesihatan tubuh badan.
Di samping itu, air itu adalah semula jadi, bersih dan tulen, dan bebas daripada semua mikroorganisme patogenik.

Kata Dr Hamdi, “Air zamzam sangat bagus digunakan untuk membantu mengubat penyakit buah pinggang, jantung dan pelbagai penyakit kronik yang lain.”
Air zamzam telah dianalisis di makmal di dunia Arab dan Eropah dan dibandingkan dengan air botol biasa daripada negara lain.

Mendedahkan hasil analisis itu, Dr Hamdi berkata, “Tidak seperti air lain, air zamzam mengandungi jumlah kalsium, magnesium dan florida yang cukup. Ia adalah sifat unik yang dapat menyegarkan jemaah yang kepenatan.”

“Kami dapati air zamzam selamat diminum dan tiada tarikh luput. Air ini 100 peratus tulen, tidak mengandungi klorin atau bahan kimia lain,” katanya.
Air zam-zam kt Masjid Nabawi..
sumber dari Mr Google
tQ sudi bace ^^

Sunday 24 March 2013

~Tahukah anda apakah yang perlu kita buat ketika ditimpa kesedihan?~

Assalamualaikum,
Ni hao ma? hao ^^
tibe-tibe intro mandarin plak.hehe
harap sahabat2 sihat dibawah lindunganNya..

actually sy baru sampai dari kampung halaman di Bentong Pahang, ni baru lepas makan nasi minyak jiran belakang rumah sy kawen .Kawan sekolah rendah sy rupanya..hehe..

Congratz u olls!! Fahmi& Faiz dua beradik kawen serentak gitu.jimat kos..da sampai jodoh korang kan..sy bile?? hehe.tunggu abes stdy dulu naaa.^^

Kat sini nak cerita sket..sy balik kg baru ni ...sebab paling kuat ialah msj dr mama..'angah (panggilan nama sy) ade claz k?doakan ma abah sihat jauhi musibah.abah makin x sihat,nampak bengkak kakinya..solat hajat ea ajak adik sekali..sy pon da rase lain ngn msj mama...so sy decide nk blik kg..

 Hati sy ni risau dengan kesihatan abah.Doktor ckp abah makin lemah..tapi sy yakin abah kuat..kene kuatkan hati, kami semua sayang abah..abah kena buat dialisis 3x seminggu

Ujian dr Allah buat abah..
Ajal maut kita semua di tangan Allah.
Ikutkan hati banyak program 23-24hb/3..tapi..
mana satu lagi penting?family@ other program?
 Family adalah keutamaan sy..sy pon pakat balik dengan adik.viva ccl 4999 membawa kami pulang.. 

Sesudah tiba dirumah...Ada..ujian dr Nya..tentang penyakit abah..Allahuakbar!!!
sistem imunisasi makin lemah..Be strong abah!!
Ujian adalah tanda Allah sayang pada kita..
Dekatkan diri dan banyakkan  bermohon padaNya..
Insha Allah doa kita dimakbulkan..Allahumma amin
Semoga ayahandaku sihat2 selalu hendaknya..aminn
Mohon doa dari sahabat2 sekali ea..syukran.

p/s: banyak2 dekatkan diri pada Allah..sabar dia atas sesuatu ujian, anggaplah ianya satu peringatan buat diri ini yang selalu lupa.

tQ sudi bace ^^

Friday 22 March 2013

~Tahukah anda hukum pengambilan vaksin HPV?~

 Segala puji bg Allah Tuhan semesta alam..
Kawan-kawan pernah dengar x pasal kanser serviks?
Mai nk cerita sket ape itu kanser serviks..

Saya ade terbaca tentang hukum pengambilan vaksin Human Papilloma Virus (HPV). Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah membincangkan hukum mengenai pengambilan vaksin ini.Keputusan seperti berikut:

Muzakarah berpandangan bahawa Islam menggesa umatnya supaya menjaga kshtn krn penjagaan kshtn seseorg individu itu akn menentukan tahap dan mutu kesihatan masyarakat scra umumnya. Pengambilan vaksin ini juga merupakan jalan pencegahan awal yg diambil oleh pihak kerajaan dlm usaha mengelakkan penyebaran virus di kalangan wanita.


 Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pengambilan Vaksin Human Papilloma Virus (HPV) yg telah dipastikan tiada unsur meragukan dlm kandungn dan tidak mendtgkn kemudharatan adalh diharuskan bg mencegah penyakit kanser pangkal rahim (servik) di kalangan wanita. Muzakarah juga memutuskan bahawa pemvaksinan ini tidaklah mengandungi unsur-unsur eksploitasi terhadap pengguna. 

Hujah juga ade mengatakan bahawa vaksin HPV ini merupakan kaedah pencegahan yg berkesan di Amerika Syarikat dan diberikan kpd kanak-kanak seawal usia 11 tahun.Vaksin ini akn memberi kesan setelah hampir 20 tahun utk brtindak. Ia merupakan lngkah pencegahan awl utk mengelakkan seseorg perempuan drpd terkena penyakit kanser pangkal rahim yg mampu meragut nyawa. Negara kita merupakan slh sebuah negara di Asia yg mempunyai bilangan kes kanser servik tertinggi slps kes kanser payudara. 

Malah,mengikut nisbah kematian kepada minit, direkodkan sbnyk 1 kematian di kalangan wanita akibat penyakit ini dikenal pasti bg setiap 1 minit di dunia. Di Asia pula, 1 kematian direkodkan bg setiap 4 minit. Virus ini boleh berjangkit melalui aktiviti seperti hubungan kelamin, seks oral, sentuhan kulit kelamin, berkongsi pakaian dalam, berkongsi alat perubatan yang telah tercemar dengan virus ini dan pemindahan virus daripada seorang ibu kepada anak. 

Kanser ini juga berpunca daripada hubungan seks secara aktif pada usia muda, mengadakan hubungan seks dengan pasangan yang ramai atau mengadakan hubungan seks dengan lelaki yang mempunyai ramai pasangan. Bahaya kanser serviks terhadap kaum wanita ni

So sy nasihatkan pade sume golongan kaum hawa cepat2 lah ambik suntikan vaksin HPV bak kata pepatah "Prevention is better than cure".Alhamdulillah mama sy pon ade suruh sy ambil vaksin ni n then sy pon da slmt disuntik.3 kali tau..ouchhh ^^

Sakit mcm kene gigit semut je..hehehe. Jgn takot tau!. Buat pengetahuan korang slh seorg shbt sy pon telah slmt kembali kerahmatullah disebabkn virus ni..

Sy mohon sedekahkan al fatihah buat sahabat Siti Farhana Abdul Razak.Semoga dikau ditempatkan dikalangn org-org yg beriman aminn..

 Kalau korang nak tau lebih details tentang virus ni korang boleh refer kt link ni...>.http://myservik.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=46&Itemid=54



tQ sudi bace ^^

Sunday 17 March 2013

~Tahukah anda bila tarikh kita menjadi tetamuNya ^^?~

 "Laibakallahummalabbaik..labbaikalaasyarikalakalabaik..innalhamda wanni'mata lakawalmulk laaasyarikalak"


R.I.N.D.U.........

Just nak ungkap perasaan pada tarikh  31.1.2013- 10.02.2013 yang menjadi  kenangan terindah dalam hidupku..bersama mama,abah,adik dan jemaah umrah yang lain..bersyukur kepada Allah kerana memberi diri ini peluang menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah.

Perkara yang paling x boleh lupa dalam hidup ni bila 1st time dapat tengok kaabah depan mata..serious..terus menangis..sob..sob..sob..kalau korang yang 1st time pergi mesti dapat rasa perasaan macam yang sy rasa..gembira + sedih.

Bukan nangis sebab apa, sy rasa happy sangat sebab Allah sudi terima diri ni  utk mnjadi tetamuNYA. saya juga bersyukur hajat mama nak bawa abah ke tanah suci termakbul.Syukran Ya Alllah ^^..

 Even abah dalam keadaan uzur pon Allah bagi kemudahan pada abah.kesian kat abah terpaksa dialisis(cuci buah pinggang), angah tahu abah kuat!!Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan selamat.Kepada u olls yang nak pergi menunaikan umrah @ haji jangan rasa takut,betulkan niat kita terlebih dahulu..Allah s.w.t  Maha Mengetahui..Kat sini sy nak share sikit antara tempat yang sempat kami ziarah and snap kat sane..Zassss....



 Cantik.....Masjidil Haram diwaktu malam


Hotel kami di Madinah "Rumah Makan Indonesia "
 Ketika subuh di Masjid Nabawi


Alhamdulillah selesai umrah pertama kami : )



okla setakat ni dulu sy pon ada class jap lagi , kalau nak upload  sampai esok pon tak habis hehe..nanti  sy sambung  entry lain pulak ea. Daaaa  Selamat membaca  ^^








Kat sini sy ade masukkan video suasana kt Masjid Nabawi dan Raudhah (salah satu dari taman-taman Syurga) di dalamnya.hayatilah..

tQ sudi bace ^^

~Tahukan anda tips untuk menjaga kesihatan?~

Assalamualaikum....
hye guys ^^

Apa khabar semua?diharap  korang sihat-sihat selalu..kat sini saya nk share something..
nak tau x?mesti nak tau kan...:) 

Jom berkongsi tips menjaga kesihatan bersama sy selaku deeya anda pada pagi ini. berangan la konon-kononya nak jd deejay..hehehe (",)

First of all kita mesti bersyukur atas segala nikmat yang ALLAH berikan.."Alhamdulillah"
Bukan just bersyukur je tau, kita mestilah menjaga amanah yang telah ALLAH bagi ni..
Seseorang itu akan tetap sihat dan tenang bila dia dapat mengatur dan melaksanakan beberapa petua kesihatan dan ketenangan. Lebih-lebih lagi kepada sesiapa yang bergelar student.

Seseorang pelajar itu perlulah menyedari bahawa untuk menjadi seorang yang tidak terlupa/ pelupa hendaklah badan dan jiwanya sihat dan tenang. Antaranya adalah seperti berikut...

 1) Cara makan dan jadual makan yang tetap waktunya. Jenis makanan (panas dan sejuknya) hendaklah dalam percampuran pertengahan.

2) Masa pembuangan najis dan keselesaanya.

3) Cara tidur: Cara, jadual dan tempoh tidur yang cukup.Tidur bagi orang muda ialah antara 8-10 jam, manakalabagi orang tua ialah 7-8 jam dalam sehari semalam.

4) Tugas : Dijalankan berwaktu dan tidak melampaui dalam menggunakan tenaga, baik tenaga jasmani mahupun rohani (akal).

5) Jiwa (hati) :Tiada gangguan, malah selalu tenang oleh keteguhan kepercayaan kepada Yang Maha Esa, selalu mengingatiNya dan sentiasa mengharapkan rahmat daripadaNya.

6) Kepala: kepala kita perlu dijaga hawanya supaya selalu sederhana. Kepala yang sederhana dan tidak panas adalah memelihara peringatan atau hafalan. Fikiran dan hafalan tidak terganggu bila kepala dibasah atau didinginkan sedikit.

7) Pemeliharaan urat saraf adalah perlu untuk kepentingan akal iaitu dengan menjaga hal makan, tidur dan tidak menjalankan sesuatu pekerjaan secara melampau.

Marilah kita sama-sama mengikut nasihat yang berguna ini..

Sekian,
tQ sudi bace ^^