Friday 22 March 2013

~Tahukah anda hukum pengambilan vaksin HPV?~

 Segala puji bg Allah Tuhan semesta alam..
Kawan-kawan pernah dengar x pasal kanser serviks?
Mai nk cerita sket ape itu kanser serviks..

Saya ade terbaca tentang hukum pengambilan vaksin Human Papilloma Virus (HPV). Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah membincangkan hukum mengenai pengambilan vaksin ini.Keputusan seperti berikut:

Muzakarah berpandangan bahawa Islam menggesa umatnya supaya menjaga kshtn krn penjagaan kshtn seseorg individu itu akn menentukan tahap dan mutu kesihatan masyarakat scra umumnya. Pengambilan vaksin ini juga merupakan jalan pencegahan awal yg diambil oleh pihak kerajaan dlm usaha mengelakkan penyebaran virus di kalangan wanita.


 Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pengambilan Vaksin Human Papilloma Virus (HPV) yg telah dipastikan tiada unsur meragukan dlm kandungn dan tidak mendtgkn kemudharatan adalh diharuskan bg mencegah penyakit kanser pangkal rahim (servik) di kalangan wanita. Muzakarah juga memutuskan bahawa pemvaksinan ini tidaklah mengandungi unsur-unsur eksploitasi terhadap pengguna. 

Hujah juga ade mengatakan bahawa vaksin HPV ini merupakan kaedah pencegahan yg berkesan di Amerika Syarikat dan diberikan kpd kanak-kanak seawal usia 11 tahun.Vaksin ini akn memberi kesan setelah hampir 20 tahun utk brtindak. Ia merupakan lngkah pencegahan awl utk mengelakkan seseorg perempuan drpd terkena penyakit kanser pangkal rahim yg mampu meragut nyawa. Negara kita merupakan slh sebuah negara di Asia yg mempunyai bilangan kes kanser servik tertinggi slps kes kanser payudara. 

Malah,mengikut nisbah kematian kepada minit, direkodkan sbnyk 1 kematian di kalangan wanita akibat penyakit ini dikenal pasti bg setiap 1 minit di dunia. Di Asia pula, 1 kematian direkodkan bg setiap 4 minit. Virus ini boleh berjangkit melalui aktiviti seperti hubungan kelamin, seks oral, sentuhan kulit kelamin, berkongsi pakaian dalam, berkongsi alat perubatan yang telah tercemar dengan virus ini dan pemindahan virus daripada seorang ibu kepada anak. 

Kanser ini juga berpunca daripada hubungan seks secara aktif pada usia muda, mengadakan hubungan seks dengan pasangan yang ramai atau mengadakan hubungan seks dengan lelaki yang mempunyai ramai pasangan. Bahaya kanser serviks terhadap kaum wanita ni

So sy nasihatkan pade sume golongan kaum hawa cepat2 lah ambik suntikan vaksin HPV bak kata pepatah "Prevention is better than cure".Alhamdulillah mama sy pon ade suruh sy ambil vaksin ni n then sy pon da slmt disuntik.3 kali tau..ouchhh ^^

Sakit mcm kene gigit semut je..hehehe. Jgn takot tau!. Buat pengetahuan korang slh seorg shbt sy pon telah slmt kembali kerahmatullah disebabkn virus ni..

Sy mohon sedekahkan al fatihah buat sahabat Siti Farhana Abdul Razak.Semoga dikau ditempatkan dikalangn org-org yg beriman aminn..

 Kalau korang nak tau lebih details tentang virus ni korang boleh refer kt link ni...>.http://myservik.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=46&Itemid=54



tQ sudi bace ^^

No comments:

Post a Comment