Friday 12 April 2013

~Tahukah anda fadhilat hari Jumaat?~


Assalamualaikum..
segala puji bagi ALLAH Tuhan semesta alam
selawat dan salam ats junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

Salam hari Jumaat semua!!

saya hrp u all semua sihat n ceria selalu.
minggu ni adalah minggu terakhir sy cuti mid sem
Ahad ni dah nak pulang ke Nilai...berjuang menuntut ilmu bg meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar Usim, ceeewahh
Usim tetap dihatiku..hehehe
byk plak berceloteh.
haaaa!!!

Hari ini hari Jumaat kan? hari umat Islam kan?
memandangkan hari ini hari raya umat Islam,
kita digalakkan berbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
banyak keistimewaan hari Jumaat ni tau..
ia juga merupakan penghulu bg segala hari
Jom kita kupas apa lagi specialnya hari Jumaat ni..
layaaaannn.

Hari Jumaat ini merupakan hari mustajab kita berdoa. So byk2 kanlah berdoa ea kwn2..
Pada subuh hari Jumaat, setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur misai, memotong kuku dan menggosok gigi.
Sesudah itu bersegeralah ke masjid. Sabda Rasulullah s.a.w.: ” Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telur. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah.”

Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang. Hari Jumaat ini juga merupakan hari Nabi Adam a.s diciptakan, juga pd hr Jumaat Nabi Adam a.s dimasukkan ke syurga. 


Abu Hurairah Radhiyalahu ‘anhu meriwayatkan, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda;

خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ، وَفِيْهِ أُخْرِجَ مِنْهَا، وَلاَ تَقَوْمُ السَّاعَةُ إِلاَّ فِي يَوْمِ الْجُمُعَة


“Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jumaat; pada hari inilah Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini (Adam Alaihissalam) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari inilah juga Baginda dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini.” (HR Muslim r.a.).

Sedikit perkongsian @ info dr sy mengenai keistimewaan hari Jumaat.Dalam blog sy ni, sy lbh suka share dgn pembaca tentang  info2 yg bermanfaat juga sy selitkan serba sedikit kisah hidup sy utk di abadikan dlm blog ini.

tQ sudi bace ^^

4 comments:

  1. Ehem ehem. balik balik ! :D akak, mana butang follow ?? huhu

    ReplyDelete
  2. hehe..nt jap eh..besela baru2 nk berblog ni..heeee

    ReplyDelete
  3. akak nk FOLLOW X gety laa..muke akk cam elly mazlein

    ReplyDelete
  4. kan sy dah kata.. hehe bukan sy sorg je kata muka akak mcm elly mazlien. hihi

    ReplyDelete