Sunday 17 March 2013

~Tahukan anda tips untuk menjaga kesihatan?~

Assalamualaikum....
hye guys ^^

Apa khabar semua?diharap  korang sihat-sihat selalu..kat sini saya nk share something..
nak tau x?mesti nak tau kan...:) 

Jom berkongsi tips menjaga kesihatan bersama sy selaku deeya anda pada pagi ini. berangan la konon-kononya nak jd deejay..hehehe (",)

First of all kita mesti bersyukur atas segala nikmat yang ALLAH berikan.."Alhamdulillah"
Bukan just bersyukur je tau, kita mestilah menjaga amanah yang telah ALLAH bagi ni..
Seseorang itu akan tetap sihat dan tenang bila dia dapat mengatur dan melaksanakan beberapa petua kesihatan dan ketenangan. Lebih-lebih lagi kepada sesiapa yang bergelar student.

Seseorang pelajar itu perlulah menyedari bahawa untuk menjadi seorang yang tidak terlupa/ pelupa hendaklah badan dan jiwanya sihat dan tenang. Antaranya adalah seperti berikut...

 1) Cara makan dan jadual makan yang tetap waktunya. Jenis makanan (panas dan sejuknya) hendaklah dalam percampuran pertengahan.

2) Masa pembuangan najis dan keselesaanya.

3) Cara tidur: Cara, jadual dan tempoh tidur yang cukup.Tidur bagi orang muda ialah antara 8-10 jam, manakalabagi orang tua ialah 7-8 jam dalam sehari semalam.

4) Tugas : Dijalankan berwaktu dan tidak melampaui dalam menggunakan tenaga, baik tenaga jasmani mahupun rohani (akal).

5) Jiwa (hati) :Tiada gangguan, malah selalu tenang oleh keteguhan kepercayaan kepada Yang Maha Esa, selalu mengingatiNya dan sentiasa mengharapkan rahmat daripadaNya.

6) Kepala: kepala kita perlu dijaga hawanya supaya selalu sederhana. Kepala yang sederhana dan tidak panas adalah memelihara peringatan atau hafalan. Fikiran dan hafalan tidak terganggu bila kepala dibasah atau didinginkan sedikit.

7) Pemeliharaan urat saraf adalah perlu untuk kepentingan akal iaitu dengan menjaga hal makan, tidur dan tidak menjalankan sesuatu pekerjaan secara melampau.

Marilah kita sama-sama mengikut nasihat yang berguna ini..

Sekian,
tQ sudi bace ^^

No comments:

Post a Comment